Tentang Kami
ng.my ialah pembina menu QR yang paling ringkas untuk gerai, warung tepi jalan dan kopitiam di Malaysia.
Kenapa kami buat ng.my
Kebanyakan peniaga kecil tidak mahu sistem POS yang mahal dan rumit. Mereka cuma mahu sesuatu yang kemas: menu dengan harga, cara pelanggan membayar, dan sticker untuk ditampal di meja. Semuanya boleh dikemas kini dari telefon dalam beberapa saat.
Apa yang anda dapat
- Halaman menu di alamat sendiri, contohnya ng.my/warung-kak-ton
- Profil kedai: cerita ringkas, waktu operasi, lokasi Google Maps, WhatsApp dan ikon media sosial
- Harga dan gambar yang boleh ditukar bila-bila masa
- Suis "Habis" untuk setiap item dan suis "Tutup hari ini" untuk kedai
- QR DuitNow anda dipaparkan dengan jelas, dan butiran pindahan bank untuk pelanggan yang mahu bayar cara biasa. Wang masuk terus ke akaun anda
- Pesanan melalui WhatsApp, siap dengan nombor meja dan jumlah
- Sticker meja dan poster kaunter sedia untuk dicetak, dengan teks anda sendiri
- Menu dalam Bahasa Malaysia, English, 中文 dan தமிழ்
- Boleh dipasang seperti app di skrin utama telefon
Apa yang kami tidak buat
ng.my bukan sistem POS dan bukan syarikat pembayaran. Kami tidak memegang, memproses atau menyentuh wang anda. Bayaran berlaku terus antara pelanggan dan bank atau e-wallet anda.
Ada soalan? Lihat Cara Guna atau hubungi kami.
About us (English)
ng.my is a dead-simple QR menu builder for hawker stalls, roadside warungs and kopitiams in Malaysia.
Small vendors rarely want a full POS. They want something clean: a menu with prices, a way for customers to pay, and a sticker for the table, all updated from a phone in seconds.
You get your own menu page with a short stall profile (story, hours, Google Maps, WhatsApp and social media icons), sold-out switches, your DuitNow QR and bank transfer details, WhatsApp ordering with table numbers, printable stickers with your own wording, a menu in four languages, and an app you can install on your phone.
ng.my is not a POS and not a payment company. We never hold or process your money. Payment happens directly between the customer and your bank or e-wallet.
Questions? See How to use or contact us.
Dikemas kini / Last updated: 2026-11-14